CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 23, 2008

Red Bean Stollen...

Ni satu resipi roti yang dapat daripada blog Diana yang mana ianya adalah sumbangan dari Saudari Roshayati Johari (Resipi.Net). Terima kasih Yati & Diana. Dah cuba membuatnya, amat mudah dan sedap. Jadinya memang sibiji dalam foto di bawah...

Disebabkan tiada bread improver dan bread softener lagi pun optional, hasilnya memang menjadi... Cuba-cuba la di hujung minggu...

Sumber: Roshayati Johari

Bahan A
350 gram tepung roti/high protein flour
150 gram tepung halus/ tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional)
4 sudu teh yis kering
Gaul bahan di atas sebati

Bahan B
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram

Bahan C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Cara menyediakan roti
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angina. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.

0 comments: