CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya AidilFitri

Di dalam kerendahan HATI ada ketinggian BUDI
Di dalam kemiskinan HARTA ada kekayaan JIWA
Di dalam gurau senda ada KHILAF dan DOSA
Kini Ramadan telah berlalu pergi
Syawal tiba pula mengganti
Sampailah masa bermaafan sesama kita
Maaf zahir batin

Thursday, September 18, 2008

Popia Gunting Pedas...

Meh kita buat kueh ni lak... senang habis...

1 bungkus kulit popia 400 gram
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Sedikit cuka
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebaga
i bahan pelekat

Cara :
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutu
p bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan to
skan minyak.
8. Gorengkan c
ampuran bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat.
9. Masukkan garam dan cuka secukup rasa.
10. Kemudian masukkan popia yang telah digoreng tadi.
11. Tutupkan api dan digaul sehingga rata.


Cara Menggulung Popia
Gambar Sumbangan: Roziyati Othman


Letak lidi sate dan lipat sikit kulit popia. Tips: Kalau jari masih kaku lagi taruk putih telur kat tepi supaya tak terbukak bila start menggulung.

Kulit popia dah separuh digulung. Tips: jangan ditekan bila menolak kulit tu untuk gulung sebab nanti jadi kayu sebatang. Hasilnya akan keras. Bila tak tekan, gulungan tu akan longgar sikit dan bila dah gunting and goring akan nampak cam kelopak bunga. Tu yg buat ranggup sehingga bunyi krup...krup...

Bila dah sampai hujung, letak putih telur cam lite nak lekatkan dia. Tips: Lekatkan betul2 dan jangan ada yg menyenggeh sebab nie yang menentukan popia tu terbukak atau tak bila di gunting dan goring. And one more thing...jgn lupa keluarkan lidi sate tu....


Kulit yang dah digulung dan dipackkan dalam plastik untuk disimpan. Bila orang order just gunting, goring and sira...


Kulit yang telah di goring dan sira

Tips Goring:

Gunakan api yang sederhan bila menggoring. Jangan di kacau bila baru masukkan kulit dalam kuali sebab nanti gulungan dia terbuka. Kulit masih lembut. Apabila kulit mula garing (tapi masih warna putih), baru di kacau supaya sebelah bawah tak warna brown dulu. Nanti warna tak sekata. Bila dah mula brown hendak lah sentaiasa dibalik2kan supaya warna sekata. Baik2 sesiapa yg mengidap sakit kaki, sebab kena berdiri lama.

Tips Sira:

Minyak sedikit sahaja (saya cuma ambil 1 sudu shj) dan masukkan lada kisar, gula dan bawang putih. Baru buka api dan kacau supaya tak berkerak kat bawah. Api sederhana supaya lada boleh masak lama sikit. Bila gula mula cair semua akan nampak cair. Kacau hingga mula berbuih2 dan likat. Masukkan cuka, kacau hingga sebati. Tutup api, masukkan popia yg telah digoring sedikit2 dan kacau rata cepat2. Buat hingga habis. Balik2kan popia lama sikit supaya semua sebati. Tapi make sure jgn popia tu hancur. Sejukkan dan ready to eat or jual...

Marshmallow...


Sumber: Resipi Mat Gebu

Bahan-Bahannya :

1/4 cawan tepung jagung (cornstarch)*
1/3 cawan aising sugar*(*disatukan dan ayak)
21 g gelatin halal
1/3 cawan air

2/3 cawan gula halus

1/2 cawan corn syrup/glucose syrup

Secubit garam

1 camca teh strawberry emulco (atau apa2 perisa yang digemari)


Cara membuatnya :
  • Lenser dasar dan tepi tin berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci dengan sedikit minyak, tabur rata bahan yang diayak dan ketuk keluar lebihannya. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  • Satukan gelatin bersama air, biar 5 minit, masukkan gula dan masak atas api perlahan sambil dikacau hingga larut.
  • Masukkan ke dalam mixing bowl bersama2 corn syrup, strawberry emulco dan secubit garam. Putar pada kelajuan tinggi selama 15 minit (mat putar 10 minit je). Kemdian alih ke dalam bekas tadi dan ratakan.
  • Biar keras sekurang2nya 2 jam (jgn letak dalam peti sejuk!). Kemudian potong dengan pisau yang dibasahkan (tapi mat guna pisau yang dicelup dalam tepung) ikut bentuk yang diinginkan. Salut rata2 dengan lebihan gula aising tadi dan simpan dalam bekas kedap udara.
Marshmallows
Sumber: Allrecipes.com - copy dari Resipidiana


Bahan-bahannya
:
1 cawan gula confectionary,untuk dusting
2 cawan gula
1 sudu besar sirap jagung ,--tuko ngan golden syrup je,,
1 1/4 cawan air
4 sudu besar gelatin tiada perasa
2 biji putih telur
1 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

  • Ayak loyang 9 x 9 inci dengan gula confectionary. Ayak biar semua serata dan tebal.
  • Dalam periuk dengan api sederhana, campurkan gula, sirap jagung dan 3/4 cawan air. Masak sehingga suhu 250 - 265 darjah C, atau sehingga sirap bila jatuh ia bebentuk bulat.
  • Sementara sirap masih dimasak, air lebihan tuang kedalam mangkuk besi dan tabur gelatin. Letakkan mangkuk diatas air yang mendidih sehingga serbuk gelatin larut.
  • Angkat periuk sirap dari atas api dan masukkan adunan gelatin dan gaul sebati. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga pekat dan kental. Sambil memukul masukkan sirap sedikit demi sedikit sehingga adunan putih telur menjadi likat dan kental.
  • Masukkan esen vanilla dan tuang adunan keldama loyang dan biarkan ia selama 8 jam atau semalaman sebelum memotong marshmallows mengikut citarasa anda.

Crunchy Chocolate...

Lamanye tidak 'update' blog ni...
Jom kita buat biskut ni untuk raya... bahan tak banyak dan mudah membuatnya..
Resipi ini diperolehi daripada blog Martha Stewart


To make squares instead of clusters, use a wet spatula and evenly spread mixture into a buttered 9-by-13-inch baking pan. Let set before cutting with a serrated knife.

Prep: 30 minutes
Total: 30 minutes

Ingredients

Makes 2 dozen

  • 4 tablespoons butter
  • 8 ounces semisweet chocolate, finely chopped
  • 1 bag (10 ounces) mini marshmallows
  • 6 cups rice cereal
  • 3/4 cup peanut-butter chips
  • nonstick cooking spray

Directions

  1. In a large, deep saucepan, melt 4 tablespoons butter, cut into pieces, over low heat, about 4 minutes. Add 1 bag (10 ounces) mini marshmallows; cook, stirring, until melted, 6 to 8 minutes.
  2. Add 8 ounces semisweet chocolate, finely chopped; cook, stirring, until melted, 2 to 4 minutes. Remove from heat. Quickly fold in 6 cups rice cereal and 3/4 cup peanut-butter chips until evenly distributed.
  3. Coat a 1/4-cup dry measuring cup with nonstick cooking spray; scoop mixture onto waxed paper, forming clusters. Let set, about 10 minutes. Store in an airtight container for up to several days.

Tuesday, September 9, 2008

Rempah Massaman

Di awal -awal bulan Ramadan, ummi dan kakak ummi
mencuba resipi Rempah Massaman ini..
Melalui blog Mat Gebu, terima kasih, memang berhasil dan mudah dibuat
Seperti mana dicadangkan oleh Mat Gebu,
boleh digunakan untuk membakar ikan bakar dan apa-apa yang sesuai,
contohnya makan dengan sup kuey teow dalam blog Mat Gebu


Ihsan dari blog Mat Gebu


Ini adalah hasil bersama dengan kakak ummi
(Foto agak kabur sikit tetapi memang menjadi)
Cuba la.. mmmmmm

Bahan A :-)
100 g bawang merah
80 g bawang putih
1 hirisan lengkuas
3 btg serai, dihiris
10 - 15 biji lada putih
1 inci belacan
5 kuntum bunga cengkih

Bahan B :-)
2 camca besar cili kisar
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan putih
2 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
Kisar bahan A hingga halus.
Gaulkan bersama bahan B hingga rata.
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali,
tumis rempah tadi hingga terbit minyak.
Gunakan api perlahan.
Sejukkan rempah dan isi ke dalam botol yang bersih,
simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.

Monday, September 8, 2008

Kek Marble

Salam sejahtera semua... agak lama juga tak 'update' blog ni..
Pada lewat petang tadi, anakanda menerima panggilan daripada jiran
untuk membuat kek marble...
Sememangnya tidak ada resipi kek marble dalam simpanan,
maka dapatlah ummi resipi ini dari blog Rozzan...
Terima kasih dan inilah hasilnya...
Bahan-Bahan:
5 biji telur (sederhana)
125 gm gula caster
150 gm tepung Hong Kong }
½ sudu teh baking powder } diayak bersama
½ sudu besar ovalette
125 gm mentega (dicairkan dan disejukkan dulu)
1 ½ sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
Cara:
Pukul telur, gula, tepung yg telah diayak dgn b.powder
dan ovalette dgn high speed sehingga pekat (kira-kira 10 minit).
Masukkan susu pekat, esen vanilla dan mentega cair.
Kacau rata.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
Satu bahagian dibiar plain dan yg lain dibubuh warna merah dan koko.
Ambil 1-2 sudu besar adunan plain dan bubuh
di tengah2 loyang yg telah dialas kertas dan digriskan.
Kemudian, ambil 1-2 sudu besar adunan merah dan bubuh atas adunan plain tadi.
Buat begini dgn adunan yg warna koko sehingga semua adunan habis.
Bakar selama 40-50 minit dgn suhu 160-170 darjah celsius.
Setelah kek masak, keluarkan dari oven
dan biarkan selama 8-10 minit sebelum
dikeluarkan dari loyang dan disejukkan di atas redai kek.

Monday, September 1, 2008

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARRAK & SELAMAT BERPUASA"



Ucapan ikhlas daripada Ummi sekeluarga
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk
diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.
dan Ramadhan ini adalah lebih baik dari yang terdahulu
Insyaallah

Thursday, August 28, 2008

Resipi cream puff...

Bahan-bahan:

130 gm Tepung Serbaguna
1/2 sudu teh Garam
100 gm Mentega
2 biji Telur (Gred A)
250 ml Air

Cara Menyediakannya
1. Mentega, Garam, Air disatukan dalam periuk dan dimasak hingga mendidih.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga menjadi doh. Kacau cepat2.
3. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam mixer dan putar hingga sejuk.
4. Masukkan telur satu persatu, teruskan kacau.
5. Adunan tadi diisi ke dalam piping bag dan dipaip menggunakan nozzle star.
6. Bakar selama 30-40 minit pada suhu 170'C sehingga masak (atau sehingga kilat2 pada permukaan puff tadi hilang)

Inti
500 ml susu segar
75 gm Tepung Jagung
100 gm Gula Castor
2 bji Kuning Telur
1 sudu teh Esen Vanila

Cara
Semua bahan tadi dicampur bersama kecuali telur. Didihkan sehingga kental. Ambil 2 sudu makan adunan ini dan dicampur ke dalam kuning telur, campurkan cepat dan masukkan ke dalam adunan asal tadi. Gaul rata dan dikacau dengan cepat. Angkat dan sejukkan.


Mentega, garam dan air dimasak


Masukkan tepung


Adunan menjadi doh


Putar hingga sejuk dan masukkan telur


Paipkan adunan atas loyang


Adunan dibakar

Resipi dan foto-foto diambil daripada fotopages Nina...
Terima kasih banyak-banyak Nina..
Selamat mencuba pada mereka yang memohon resipi ini..
Cuba la dibuat pada Ramadhan ini.. mana la tau boleh disaji pula semasa menyambut Syawal
untuk meraikan saudara mara dan rakan taulan...


Wednesday, August 27, 2008

Menjelang Ramadhan...

Salam to all,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidakmelakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohonmaaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah s.a.w pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan,
yang berdo'a adalah Malaikat
dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat,
dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu ummi terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF
jika ummi ada berbuat kesalahan,
baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja,
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk,
diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insyaallah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada semua
dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

Sekali lagi ummi menyusun sepuluh jari memohon maaf
atas keterlaluan kata dan perbuatan,
yang menyinggung perasaan saudara saudari
dan atas segala kesilapan yang telah berlaku
di sepanjang perkenalan kita selama ini

Biskut raya lagi....

Herda, seorang lagi blogger, housewife, tinggal di Pulau Pinang mahir seperti Nina..
Blog Herda bakes-with-love.blogspot.com
Ni la pula foto-foto biskut jualan Herda...




Biskut raya...

Baru-baru ni ummi berkenalan dengan Nina, seorang blogger
mahir membuat biskut, kek, pastri, muffin, tart, cupcakes...
ada blognya batriesyiahomemade.blogspot.com

Berikut ni foto-foto biskut raya yang dia jual... kot-kot ade yang berminat
masuk lah blog Nina dan buat tempahan..
Untuk makluman semua, Nina menetap di Perlis...