CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, July 25, 2008

Pundi-Pundi Wang Thai...

Bahan-bahan:

60 ml/ 1/2 cawan minyak masak + minyak masak untuk menggoreng terendam
4 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
200 gm isi ayam, didadu kecil=kecil
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh lada putih serbuk
1/2 sudu teh minyak bijan
6 kuntum cendawan cina, direndam dengan air panas dan dihiris nipis-nipis
6 biji sengkuang cina, dikupas dan didadu kecil-kecil
200 gm udang yang kecil, dibuang kulit dan urat
55 gm/ 1 1/2 cawan suun, direndam dengan air panas dan dituskan
2 tangkai daun bawang dihiris nipis-nipis
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 1 sudu besar air
20 keping kulit popia 10 cm x 10 cm
10-12 tangkai daun bawang kering

Cara:

1. Untuk membuat intinya, panaskan 60 ml/ 1/4 cawan minyak masak di dalam kuali dan tumis bawang putih, ayam dan sos tiram, kicap cair, lada putih dan minyak bijan. Kacau sehingga ayam empuk. Masukkan cendawan dan sengkuang cina serta udang dan masak selama 1 minit sahaja.
2. Campur suun dan daun bawang. Kacau rata-rata. Tambah bancuhan tepung jagung dan masak selama 1 minit sahaja.
3. Ambil 2 keping kulit popia dan bubuh 4 sudu teh inti di atasnya. Bawa hujung-hujung kulit popiah ke tengah dan ikat dengan daun bawang kering agar merupai pundi-pundi kecil. Gunting atas pundi-pundi agar kemas. Buat begini sehingga habis.
4. Goreng terendam pundi-pundi sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan.
5. Sajikan panas-panas bersama sos cili Thai.


Ini adalah resipi yang diperolehi daripada buku Chef Wan yang berjudul 'Sedapnyaaa.... Hidangan Kegemaran Chef Wan'.

Pertama kali mencuba resipi ni di bulan puasa... berkat bulan ramadan sememangnya menjadi...

Cuba la... mmmmmmm.... memang sedap...

0 comments: