CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 29, 2008

Jamuan di rumah...

Ni foto sudah lama diambil semasa jamuan di rumah sekitar tahun 2005...
mereka adalah rakan-rakan sepejabat yang memang rapat dan tidak akan melepaskan peluang untuk berjamuan di rumah.... hehehehe...

Monday, July 28, 2008

Discover the New Malacca....

Macam di Paris atau Venice lak kan...





Merewang dengan anakanda.... IKEA

Selepas taklimat, anakanda mengajak ke IKEA untuk menengok mangkok, pinggan dan espresso cup untuk peperiksaan akhir anakanda pada awal Ogos ni... Tengok la 'taste' anakanda ku ni...



Dah penat berjalan, kami berhenti untuk makan tengahari di sini...Uncle Lim's Cafe


Inilah apa yang kami makan... Makanan anakanda, nasi lemak dan milo ais


Ni pula makanan bondanya ... mee cendawan dan cendol


Taklimat di hujung minggu....

Dengar taklimat perniagaan bakeri di Melawati bersama Chef Farid...
Di bawah ni adalah sajian makan minum semasa taklimat


Berikut adalah peralatan yang termasuk dalam pakej perniagaan bakeri

1 Mixer 8 Qt buatan Taiwan

1 Oven 1 deck t tray buatan China

Sesiapa di antara kawan-kawan yang berminat boleh layari blog, cheffarid.blogspot.com...


Friday, July 25, 2008

Haw Flakes Layered Cake....

KTo try this recipe over the weekend... happy trying to all...


Ingredients:

A) 10 eggs, 110 caster sugar
B) 1 can sweetened condensed milk (388 g)
500 g butter
C) 200 g cream crackers biscuits (milled fine)
D) 20-30 packets of haw flakes/red coloured san char (best get the rectangular shape)
E) 1 tsp pandan paste

Method:

1. Beat ingredient (A) for approximately 15 minutes till creamy
2. In another mixing bowl, beat ingredient (B) till smooth
3. Fold no.(1) into no.(2) and mix in ingredient (C). Stir till well combined.
4. Add ingredient (E) into batter, give it a good stir and divide into 7 equal portions.
5. Grease and line a 10 inches square cake tin with greaseproof papaer. Pour in a portion of cake batter to steam till cooked. Cover the layer with haw flakes. Pour the next portion of cake batter on top of haw flakes. Steam till cooked through and repeat process till batter and haw flakes are used up. Cool cake well before slicing.

Kek Teh Oren Evelyn...


Minggu lepas mak kepada jiran meminta dibuat Butter Cake perasa oren... puas cari resipi dan memang jarang membuat butter cake... Cari punya cari, jumpa la resipi ni dari buku masakan Chef Wan sekali lagi yang berjudul 'Juadah Manisan Istimewa Chef Wan'..


Inilah resipinya....

Bahan-bahannya:
230 gm mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula halus
parutan kulit dan jus 2 biji oren
4 biji telur, diasingkan kuning daripada putihnya
2 cawan tepung berserbuk penaik, diayak
secubit garam
2 sudu besar susu

Cara:
1. Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. Masukkan parutan kulit oren dan kuning telur sebiji demi sebiji sambil memukul.
2. Ayak bersama tepung dan garam. Masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan jus oren.
3. Di dalam mangkuk lain pukul putih telur sehingga kembang dan perlahan-lahan masukkan ke dalam adunan, kaup dan balikkan rata-rata. Tuang ke dalam acuan yang sudah digris dan dialas kertas minyak. Bakar pada 175 C / 350 F selama 35 hingga 40 minit sehingga kek masak.

Pundi-Pundi Wang Thai...

Bahan-bahan:

60 ml/ 1/2 cawan minyak masak + minyak masak untuk menggoreng terendam
4 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
200 gm isi ayam, didadu kecil=kecil
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh lada putih serbuk
1/2 sudu teh minyak bijan
6 kuntum cendawan cina, direndam dengan air panas dan dihiris nipis-nipis
6 biji sengkuang cina, dikupas dan didadu kecil-kecil
200 gm udang yang kecil, dibuang kulit dan urat
55 gm/ 1 1/2 cawan suun, direndam dengan air panas dan dituskan
2 tangkai daun bawang dihiris nipis-nipis
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 1 sudu besar air
20 keping kulit popia 10 cm x 10 cm
10-12 tangkai daun bawang kering

Cara:

1. Untuk membuat intinya, panaskan 60 ml/ 1/4 cawan minyak masak di dalam kuali dan tumis bawang putih, ayam dan sos tiram, kicap cair, lada putih dan minyak bijan. Kacau sehingga ayam empuk. Masukkan cendawan dan sengkuang cina serta udang dan masak selama 1 minit sahaja.
2. Campur suun dan daun bawang. Kacau rata-rata. Tambah bancuhan tepung jagung dan masak selama 1 minit sahaja.
3. Ambil 2 keping kulit popia dan bubuh 4 sudu teh inti di atasnya. Bawa hujung-hujung kulit popiah ke tengah dan ikat dengan daun bawang kering agar merupai pundi-pundi kecil. Gunting atas pundi-pundi agar kemas. Buat begini sehingga habis.
4. Goreng terendam pundi-pundi sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan.
5. Sajikan panas-panas bersama sos cili Thai.


Ini adalah resipi yang diperolehi daripada buku Chef Wan yang berjudul 'Sedapnyaaa.... Hidangan Kegemaran Chef Wan'.

Pertama kali mencuba resipi ni di bulan puasa... berkat bulan ramadan sememangnya menjadi...

Cuba la... mmmmmmm.... memang sedap...

Small Kitchen Designs...


Menarik ye foto-foto kitchen design ni...

Thursday, July 24, 2008

Pemukul Telur


Rekaan terbaru pelbagai jenis bentuk dan stail pemukul telur boleh didapati di pasaran yang membolehkan pengguna memilih pemukul telur mengikut citarasa dan kesesuaian konsep dapur masing-masing. Jenis bentuk dan saiz pemukul telur ini boleh didapati di Parkson dengan harga dari RM59.00 hingga RM179.00.

Foto diambil dari Majallah Dapur keluaran Julai-September 2008

Kek Keju

Foto-foto kek keju ini diambil semasa majlis bertunang anak buah sebagai hantaran (kiri) dan semasa majlis harijadi anak saudara juga (kanan). Camne? Nampak macam sedap kan... memang sedap

Zip HydroTap

Delivers boiling and chilled filtered drinking water instantly. No more water to boil, safer than a kettle, tap stays cool to the touch.

Not sure if it is available in Malaysia... got this from a magazine entitling 25 Kitchens...



Wednesday, July 23, 2008

My Brothers and Sisters


Foto diambil pada Hari Raya pertama tahun lepas di rumah bonda.
Ni baru 7 orang saje, ada lagi 6 orang yang belum sampai. Ada 17
orang adik beradik daripada sepasang suami isteri, 4 orang sudah
meninggal dunia (3 lelaki 1 perempuan). Yang ada ni, 7 perempuan
dan 6 lelaki

Dari dapur kelas anakanda...

Foto-foto berikut diambil ketika kelas kitchen anakanda di Kolej. Anakanda kini adalah pelajar seni kulinari di Kelana Jaya. Masakan barat merupakan masakan yang paling diminati dan sentiasa juga memasaknya baik di rumah sendiri atau rumah bapa saudara atau di kampong untuk neneknya. Nama-nama pada masakan ini tidak diketahui tetapi akan dikemaskinikan kemudian... Amati ye...