Bahan-bahan:
60 ml/ 1/2 cawan minyak masak + minyak masak untuk menggoreng terendam
4 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
200 gm isi ayam, didadu kecil=kecil
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh lada putih serbuk
1/2 sudu teh minyak bijan
6 kuntum cendawan cina, direndam dengan air panas dan dihiris nipis-nipis
6 biji sengkuang cina, dikupas dan didadu kecil-kecil
200 gm udang yang kecil, dibuang kulit dan urat
55 gm/ 1 1/2 cawan suun, direndam dengan air panas dan dituskan
2 tangkai daun bawang dihiris nipis-nipis
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 1 sudu besar air
20 keping kulit popia 10 cm x 10 cm
10-12 tangkai daun bawang kering
Cara:
1. Untuk membuat intinya, panaskan 60 ml/ 1/4 cawan minyak masak di dalam kuali dan tumis bawang putih, ayam dan sos tiram, kicap cair, lada putih dan minyak bijan. Kacau sehingga ayam empuk. Masukkan cendawan dan sengkuang cina serta udang dan masak selama 1 minit sahaja.
2. Campur suun dan daun bawang. Kacau rata-rata. Tambah bancuhan tepung jagung dan masak selama 1 minit sahaja.
3. Ambil 2 keping kulit popia dan bubuh 4 sudu teh inti di atasnya. Bawa hujung-hujung kulit popiah ke tengah dan ikat dengan daun bawang kering agar merupai pundi-pundi kecil. Gunting atas pundi-pundi agar kemas. Buat begini sehingga habis.
4. Goreng terendam pundi-pundi sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan.
5. Sajikan panas-panas bersama sos cili Thai.
Ini adalah resipi yang diperolehi daripada buku Chef Wan yang berjudul 'Sedapnyaaa.... Hidangan Kegemaran Chef Wan'.
Pertama kali mencuba resipi ni di bulan puasa... berkat bulan ramadan sememangnya menjadi...
Cuba la... mmmmmmm.... memang sedap...
Friday, July 25, 2008
Pundi-Pundi Wang Thai...
Posted by ummiyah at 10:42:00 AM 0 comments
Labels: Masakan Snek
Thursday, July 24, 2008
Pemukul Telur
Rekaan terbaru pelbagai jenis bentuk dan stail pemukul telur boleh didapati di pasaran yang membolehkan pengguna memilih pemukul telur mengikut citarasa dan kesesuaian konsep dapur masing-masing. Jenis bentuk dan saiz pemukul telur ini boleh didapati di Parkson dengan harga dari RM59.00 hingga RM179.00.
Foto diambil dari Majallah Dapur keluaran Julai-September 2008
Posted by ummiyah at 9:04:00 AM 0 comments
Labels: Stail Hidup
Zip HydroTap
Delivers boiling and chilled filtered drinking water instantly. No more water to boil, safer than a kettle, tap stays cool to the touch.
Not sure if it is available in Malaysia... got this from a magazine entitling 25 Kitchens...
Posted by ummiyah at 8:00:00 AM 1 comments
Labels: Stail Hidup
Wednesday, July 23, 2008
My Brothers and Sisters
Ni baru 7 orang saje, ada lagi 6 orang yang belum sampai. Ada 17
orang adik beradik daripada sepasang suami isteri, 4 orang sudah
meninggal dunia (3 lelaki 1 perempuan). Yang ada ni, 7 perempuan
dan 6 lelaki
Posted by ummiyah at 1:45:00 PM 0 comments
Labels: Famili
Dari dapur kelas anakanda...
Foto-foto berikut diambil ketika kelas kitchen anakanda di Kolej. Anakanda kini adalah pelajar seni kulinari di Kelana Jaya. Masakan barat merupakan masakan yang paling diminati dan sentiasa juga memasaknya baik di rumah sendiri atau rumah bapa saudara atau di kampong untuk neneknya. Nama-nama pada masakan ini tidak diketahui tetapi akan dikemaskinikan kemudian... Amati ye...
Posted by ummiyah at 1:41:00 PM 0 comments
Labels: My Son









