CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 28, 2008

Resipi cream puff...

Bahan-bahan:

130 gm Tepung Serbaguna
1/2 sudu teh Garam
100 gm Mentega
2 biji Telur (Gred A)
250 ml Air

Cara Menyediakannya
1. Mentega, Garam, Air disatukan dalam periuk dan dimasak hingga mendidih.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga menjadi doh. Kacau cepat2.
3. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam mixer dan putar hingga sejuk.
4. Masukkan telur satu persatu, teruskan kacau.
5. Adunan tadi diisi ke dalam piping bag dan dipaip menggunakan nozzle star.
6. Bakar selama 30-40 minit pada suhu 170'C sehingga masak (atau sehingga kilat2 pada permukaan puff tadi hilang)

Inti
500 ml susu segar
75 gm Tepung Jagung
100 gm Gula Castor
2 bji Kuning Telur
1 sudu teh Esen Vanila

Cara
Semua bahan tadi dicampur bersama kecuali telur. Didihkan sehingga kental. Ambil 2 sudu makan adunan ini dan dicampur ke dalam kuning telur, campurkan cepat dan masukkan ke dalam adunan asal tadi. Gaul rata dan dikacau dengan cepat. Angkat dan sejukkan.


Mentega, garam dan air dimasak


Masukkan tepung


Adunan menjadi doh


Putar hingga sejuk dan masukkan telur


Paipkan adunan atas loyang


Adunan dibakar

Resipi dan foto-foto diambil daripada fotopages Nina...
Terima kasih banyak-banyak Nina..
Selamat mencuba pada mereka yang memohon resipi ini..
Cuba la dibuat pada Ramadhan ini.. mana la tau boleh disaji pula semasa menyambut Syawal
untuk meraikan saudara mara dan rakan taulan...


Wednesday, August 27, 2008

Menjelang Ramadhan...

Salam to all,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidakmelakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohonmaaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah s.a.w pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan,
yang berdo'a adalah Malaikat
dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat,
dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu ummi terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF
jika ummi ada berbuat kesalahan,
baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja,
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk,
diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insyaallah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada semua
dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

Sekali lagi ummi menyusun sepuluh jari memohon maaf
atas keterlaluan kata dan perbuatan,
yang menyinggung perasaan saudara saudari
dan atas segala kesilapan yang telah berlaku
di sepanjang perkenalan kita selama ini

Biskut raya lagi....

Herda, seorang lagi blogger, housewife, tinggal di Pulau Pinang mahir seperti Nina..
Blog Herda bakes-with-love.blogspot.com
Ni la pula foto-foto biskut jualan Herda...




Biskut raya...

Baru-baru ni ummi berkenalan dengan Nina, seorang blogger
mahir membuat biskut, kek, pastri, muffin, tart, cupcakes...
ada blognya batriesyiahomemade.blogspot.com

Berikut ni foto-foto biskut raya yang dia jual... kot-kot ade yang berminat
masuk lah blog Nina dan buat tempahan..
Untuk makluman semua, Nina menetap di Perlis...



Tuesday, August 26, 2008

D.U.K.E.....

D.U.K.E.
Duta Ulu Klang Expressway
Ni hi-way baru betul-betul sebelah apartment ummi...
Foto-foto ini diambil dari tingkap rumah di tingkat 13...

Jamuan menjelang Ramadan di Ofis...

Pada hari ni, 26 Ogos 2008, kawan-kawan di ofis
bersama-sama menyumbang tenaga dan kemahiran memasak
untuk jamuan menjelang Ramadan.
Macam-macam ada...


Trifle...


Nasi lemak (sebelum & selepas dimasak di ofis) dengan iringan lauk-pauk...


Mee rebus & kuahnya...


Kueh sago, kek keju, kek chiffon pandan & oren...


Air teh susu...

Turut hadir Pengarah Jabatan, Tuan Hj Mohd Embong dan pegawai-pegawai kanan jabatan



Di sebelah atas ialah Pegawai Kanan, Encik Asim di ofis manakala
di bawahnya ialah Chef Rashidi yang mengajar anakanda di Kolej...
macam kembar aje kan...
Pegawai kanan ni pun memang minat memasak... what a coincidence... :)