Bahan-bahan:
130 gm Tepung Serbaguna
1/2 sudu teh Garam
100 gm Mentega
2 biji Telur (Gred A)
250 ml Air
Cara Menyediakannya
1. Mentega, Garam, Air disatukan dalam periuk dan dimasak hingga mendidih.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga menjadi doh. Kacau cepat2.
3. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam mixer dan putar hingga sejuk.
4. Masukkan telur satu persatu, teruskan kacau.
5. Adunan tadi diisi ke dalam piping bag dan dipaip menggunakan nozzle star.
6. Bakar selama 30-40 minit pada suhu 170'C sehingga masak (atau sehingga kilat2 pada permukaan puff tadi hilang)
Inti
500 ml susu segar
75 gm Tepung Jagung
100 gm Gula Castor
2 bji Kuning Telur
1 sudu teh Esen Vanila
Cara
Semua bahan tadi dicampur bersama kecuali telur. Didihkan sehingga kental. Ambil 2 sudu makan adunan ini dan dicampur ke dalam kuning telur, campurkan cepat dan masukkan ke dalam adunan asal tadi. Gaul rata dan dikacau dengan cepat. Angkat dan sejukkan.
Mentega, garam dan air dimasak
Masukkan tepung
Adunan menjadi doh
Putar hingga sejuk dan masukkan telur
Paipkan adunan atas loyang
Adunan dibakar
Resipi dan foto-foto diambil daripada fotopages Nina...
Terima kasih banyak-banyak Nina..
Selamat mencuba pada mereka yang memohon resipi ini..
Cuba la dibuat pada Ramadhan ini.. mana la tau boleh disaji pula semasa menyambut Syawal
untuk meraikan saudara mara dan rakan taulan...